Muhammad bin Musa al-Khawarizmi
Muhammad bin
Musa al-Khawarizmi
Muhammad bin Musa al-Khawarizmi
adalah seorang ilmuwan di bidang matematika, biologi, astronomi, geografi, dan
astrologi yang berasal dari Persia. Beliau lahir pada sekitar tahun 780 Masehi
di Khwarizmi atau yang sekarang dikenal dengan nama Khiva, Uzbekistan dan wafat
pada tahun 849 Masehi dan ada juga yang mengatakan tahun 850 Masehi. Selain
itu, beliau di kenal dengan nama Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff,
al-Khawarizmi dikenal di barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi,
al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, dan al-Gorismi.
Lebih dikenal sebagai
al-Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam
yang terulung dalam ilmu matematika. Beliau juga merupakan seorang ahli
astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.
Dalam usia muda beliau bekerja di
bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Bagdad.
Beliau bekerja dalam sebuah observatory yaitu tempat belajar matematika dan
astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercaya untuk memimpin perpustakan khalifah.
Gelaran al-Khawarizmi diberi kepada beliau karena tempat kelahirannya di
Khwarizmi yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat
bernama Kath yaitu sebagian daripada daerah Khwarizmi.
Beliau sebenarnya merupakan pengasas
kepada beberapa cabang dan konsep asas matematika. Hasil kerjanya dalam aljabar
begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek
dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan
penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan
kuadratik. Persamaan kuadratik yaitu satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa
kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x – 8 = 0).
Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas aljabar. Nama ajlabar diperoleh
daripada bukunya yang terkenal yaitu al-Jabrwa al-Muqabilah.
Beliau turut menjelaskan dengan
teliti kegunaan sifat yaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada
masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu,
keseluruhan sistem nomor angka, algoritma memperoleh nama selepas dibangunkan
oleh orang Arab.
Dalam
usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenal angka Arab), beliau
telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termsuk operasi dan pecahan.
Sistem angka itu kemudian diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada
barat yang hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropa.
Jasa beliau yang lain adalah membuat
secara rinci bidang trigonometri matematika mengenai sudut dan segitiga yang
mengandung fungsi sin cos. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang
mewakili muka keratan kon dan membuat kalkulus yang membantunya menguasai
konsep perbedaan.
Karya-karya
al-Khawarizmi :
1.
Buku
Al-Jabr wal Muqaabalah. Salah satu
buku yang apling terkenal dan terpenting yang pernah ditulis dalam bidang
matematika. Beliau telah menciptakan pemakaian secan dan tangen dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2.
Kitab al-jam wa’l-tafriq bi-hisab
al-Hid (Book of
Addition and Substraction by the Method of Calculation). Karya ini dikenal
pelajaran pertama yang ditulis dengan menggunakan sistem bilangan desimal,
merupakan titik awal pengembangan matematika dan sains.
3.
Shuuratul Ardh adalah buku geografi. Ketika
menulisnya, al-Khawarizmi bergantung pada geografi versi Bethlumus dengan
beberapa perluasan dan penambahan, lebih khususnya mengenai peta.
4.
Taqwimul Buldaan adalah buku lainnya dalam bidang
geografi yang menjelaskan pendapat Bethlumus dengan detail.
COMMENTS